Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT DILANGGAR KOMUTER

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT DILANGGAR KOMUTER

Seorang lelaki maut selepas dilanggar komuter di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dekat Seputeh di sini, semalam.

Foto: Polis

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas dilanggar komuter di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dekat Seputeh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 1.08 tengah hari.

Katanya, siasatan polis di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai sedang berbaring di landasan kereta api berkenaan sebelum dirempuh komuter dalam perjalanan dari Stesen Seputeh ke Stesen Salak Selatan.  

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG) dan tiada sebarang dokumen pengenalan milik mangsa ditemui di tempat kejadian.”

“Mangsa tidak dapat dipastikan bangsanya, berambut pendek serta berbaju dan berseluar berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, katanya polis meminta mereka yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi IPD Brickfields di talian 03-22979222 bagi membantu pengecaman mayat.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak melintas landasan kereta api, sebaliknya menggunakan laluan pejalan kaki yang ditetapkan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading