Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INDIVIDU DIJEMPUT KEBETULAN BERADA DI KUALA LUMPUR, TIADA SEBARANG AKTIVITI RENTAS NEGERI

DALAM NEGARA

INDIVIDU DIJEMPUT KEBETULAN BERADA DI KUALA LUMPUR, TIADA SEBARANG AKTIVITI RENTAS NEGERI

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @CTDK

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menafikan dakwaan individu yang dijemput hadir ke majlis tahnik anak lelakinya melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan aktiviti rentas negeri.

Siti Nurhaliza menjelaskan, pendakwah bebas dari negeri lain yang dijemput sebagai tetamu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

“Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB.

“Majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ketujuh mengikut sunnah Rasulullah SAW,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menjelaskan berhubung kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Siti Nurhaliza berkata ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka.

Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sebelum bergegas pulang untuk urusan lain.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,” katanya.

Penyayi terkemuka itu juga berkata, penjelasan beliau bukan untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan untuk mengelak kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.

“Kesempatan ini kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak.

“Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading