Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI JAKIM 2021-2025 DILANCAR

DALAM NEGARA

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI JAKIM 2021-2025 DILANCAR

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menzahirkan komitmen menentang amalan rasuah dengan melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JAKIM 2021-2025 hari ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, perancangan lima tahun (2021-2025) yang digariskan dalam OACP JAKIM itu menyatakan usaha pencegahan rasuah merangkumi aspek governans, integriti dan antirasuah.

“OACP JAKIM 2021-2025 ini adalah merupakan komitmen jabatan dalam mendukung aspirasi dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuah.

“Ia selaras dengan dasar yang dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP 2019 – 2023) di bawah Objektif Strategik 2.1 iaitu ‘Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau pendekatan Maqasid Syariah telah digunakan dalam melaksanakan analisis persekitaran dan penilaian risiko rasuah, seterusnya merangka inisiatif dan pelan tindakan pencegahan rasuah dalam penambahbaikan tadbir urus JAKIM.

Majlis pelancaran OACP JAKIM di Putrajaya hari ini disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading