JEMAAH UMRAH, PELAWAT PERLU ADA PERLINDUNGAN INSURANS COVID-19

RIYADH: Semua warga asing yang memasuki Arab Saudi bagi tujuan umrah, lawatan dan visa pelancongan wajib ada perlindungan insurans COVID-19.
Lapor Saudi Gazzete, syarat terbaharu itu diumumkan Bank Pusat Saudi dan Majlis Koperasi Insurans Kesihatan pada Ahad.
Perlindungan insurans itu bertujuan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada warga asing sekiranya mereka dijangkiti COVID-19 ketika berada di Arab Saudi.
Ia juga untuk memastikan warga asing yang dijangkiti mendapat akses yang mudah dan cepat untuk rawatan.
Perlindungan insurans itu juga akan menampung kos rawatan, kos kuarantin, selain pemindahan perubatan untuk kes-kes kecemasan. — AlHijrah Online