INSIDEN PENAHANAN ANGGOTA ATM TIDAK GAMBARKAN KESELURUHAN PASUKAN – MOHAMED KHALED
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan insiden penahanan beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mencerminkan keseluruhan institusi pertahanan negara.
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan insiden penahanan beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mencerminkan keseluruhan institusi pertahanan negara.
Beliau berkata ATM kekal sebagai pasukan yang disegani rakyat dan diyakini dalam memelihara kedaulatan negara meskipun berdepan kes terpencil melibatkan salah laku anggota.
“Insiden melibatkan penahanan anggota ATM yang menjejaskan maruah dan integriti harus dielak. Jika benar didapati bersalah boleh menjejaskan imej dan diharap tiada sesiapa salah gunakan pangkat atau kedudukan diamanahkan untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
“Saya menegaskan kes ini tidak menggambarkan ATM (secara keseluruhan), ATM masih hebat dan disegani serta diyakini rakyat untuk memelihara kedaulatan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2025 peringkat Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan tiga pegawai dan dua bekas pegawai kanan ATM antara 10 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan di selatan tanah air.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled menegaskan semangat kenegaraan mesti dijiwai oleh setiap warganegara terutamanya anggota ATM dan warga pertahanan kerana angkatan itu bukan sekadar lambang pertahanan fizikal tetapi simbol kedaulatan, integriti serta kemerdekaan negara.
“Apabila disebut kemerdekaan, kita terus nampak gambaran barisan perwira yang mempertahankan negara. Dalam setiap perbarisan di Dataran Merdeka dan Hari Pahlawan, ia adalah manifestasi imej ATM dan kita harus kekalkan imej bermaruah ini,” katanya.
Beliau turut menyeru agar masyarakat menghidupkan kembali semangat patriotik dan menolak sebarang anasir yang boleh menggugat perpaduan rakyat.
“Tema tahun ini, ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’, bukan sekadar slogan kosong tetapi seruan agar setiap kita berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan amanah kepada negara.
“Pengibaran Jalur Gemilang juga bukannya satu simbol semata tetapi menggambarkan semangat patriotik, kebebasan, dan kesejahteraan negara,” katanya.
Mohamed Khaled berkata pengorbanan perwira negara harus sentiasa dikenang manakala imej dan integriti ATM mesti dipelihara supaya terus menjadi benteng utama mempertahankan kedaulatan tanah air.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.