Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELINDAN MAUT LORI DINAIKI LANGGAR PEMBAHAGI JALAN

DALAM NEGARA

KELINDAN MAUT LORI DINAIKI LANGGAR PEMBAHAGI JALAN

Seorang kelindan maut manakala pemandunya cedera selepas lori yang dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di KM116 Lebuhraya Utara Selatan di Kepala Batas awal pagi tadi. 

Sumber: JBPM

KEPALA BATAS: Seorang kelindan maut manakala pemandunya cedera selepas lori yang dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di KM116 Lebuhraya Utara Selatan di sini awal pagi tadi. 

Dalam kemalangan itu, mangsa Saipol Nizam Aman @ Ahmad, 41, yang tersepit di ruang kabin lori meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu, Mohd Azmi Mohd Yasa, 31, yang cedera dikejarkan ke Hospital Kepala Batas di sini untuk rawatan. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.42 pagi dan terus ke lokasi kemalangan.

“Sebaik tiba, mendapati sebuah lori lima tan terbabas melanggar pembahagi jalan dan terdapat dua orang mangsa dalam kenderaan tersebut.

“Komander operasi membuat size up dan usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di ruang penumpang dilakukan dengan menggunakan peralatan khas menyelamat. Kelindan tersebut berjaya dikeluarkan kira-kira sejam kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi sebelum mayatnya dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading