INSIDEN PESAWAT HORNET TUDM: ‘BUNYI SEAKAN PELURU BERPANDU’ – SAKSI
Bunyi letupan kuat seperti peluru berpandu jelas kedengaran dari sekitar kawasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan), kata seorang daripada saksi insiden kemalangan pesawat tempur F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), malam tadi.
KUANTAN: Bunyi letupan kuat seperti peluru berpandu jelas kedengaran dari sekitar kawasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan), kata seorang daripada saksi insiden kemalangan pesawat tempur F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), malam tadi.
Mazlan Abdullah, 61, yang ketika itu berada di kedai makan berhadapan Pangkalan Udara itu berkata dia mendengar letupan sebanyak dua kali dan turut melihat cahaya api dari kawasan berkenaan.
“Selepas bunyi letupan, saya dapat melihat api dalam kawasan lapangan terbang dan asap berkepul-kepul. Orang ramai yang berada di kawasan berdekatan juga cuba pergi melihat apa yang berlaku.
“Ketika saya melihat ke lapangan terbang, ada api sedang marak, tetapi selepas letupan kedua, api lebih marak dan ada juga bau hangit,” kata pekerja kontrak berkenaan kepada pemberita di sini malam ini.
Jurutera elektrikal Khairul Azli Syahmie Abdul Aziz, 26, pula berkata dia turut mendengar bunyi letupan dari rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter hingga satu kilometer dari tempat kejadian, namun tidak mengendahkannya kerana menyangkakan pasukan TUDM sedang menjalani latihan.
“Bila saya tengok dalam media sosial ada jet pejuang jatuh, tetapi saya tak pergi tengok (di luar) sebab saya dan isteri ingat itu adalah latihan tentera. Kadang-kadang askar ada buat latihan dekat sini sebab itu kami dah biasa dengar,” katanya.
Selain itu, Khairul Azli Syahmie berkata jiran-jiran di kawasan kediamannya di Pandan Perdana turut keluar dari rumah sejurus bunyi letupan berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.
Terdahulu, sebuah pesawat tempur F/A-18D Hornet milik TUDM terlibat dalam satu insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) pada 9.05 malam tadi.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman yang mengesahkan insiden berkenaan berkata seorang juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM dilaporkan selamat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager