Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAWAT HORNET TERLIBAT KEMALANGAN DI PANGKALAN UDARA KUANTAN – TUDM

DALAM NEGARA

PESAWAT HORNET TERLIBAT KEMALANGAN DI PANGKALAN UDARA KUANTAN – TUDM

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet terlibat dalam kemalangan di Kuantan, Pahang, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet terlibat dalam kemalangan di Kuantan, Pahang, malam tadi.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular video memaparkan kebakaran besar yang dipercayai berpunca daripada pesawat Hornet terhempas di Pangkalan Udara Kuantan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading