Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL MESTI DISINGKIRKAN DARI PBB – PM ANWAR

DUNIA

ISRAEL MESTI DISINGKIRKAN DARI PBB – PM ANWAR

Tindakan Israel yang melangkaui batas akal dan kemanusiaan perlu dihukum segera dengan menyingkirkan negara haram itu dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap Afrika Selatan 50 tahun lalu.

Sumber Gambar: PMO

RIYADH: Tindakan Israel yang melangkaui batas akal dan kemanusiaan perlu dihukum segera dengan menyingkirkan negara haram itu dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap Afrika Selatan 50 tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika masyarakat Antarabangsa terus membisu, jejak kekejaman Israel yang merebak hingga Lubnan, Syria dan Yaman tidak akan dapat dihentikan dan hanya memberi ancaman kepada Rantau Asia Barat, malah seluruh dunia.

“Serangan Israel yang melampaui batas kemanusiaan memerlukan tindak balas yang lebih serius bukan sahaja demi Palestin, tetapi demi kemanusiaan itu sendiri,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara di Riyadh, hari ini. 

Anwar juga menggesa perlindungan segera ke atas Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dan pasukan pengaman PBB di Lubnan yang disertai hampir 50 negara termasuk Malaysia.

Ia susulan pengharaman Israel ke atas nadi rakyat Palestin yang dilihat meruntuhkan sistem kemanusiaan dan serangan ke atas pasukan pengaman di Lubnan. 

“Masyarakat antarabangsa perlu bertindak segera dengan mengenakan sekatan senjata ke atas Israel sebagaimana diusulkan Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 September lepas, kita mesti menamatkan genosid yang tidak masuk akal ini,” katanya.

Beliau turut memberi perhatian terhadap rancangan pembinaan semula Gaza dengan harapan usaha ke arah itu digandakan dan tidak berlengah-lengah untuk merealisasikannya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading