ISRAEL SERANG MARKAS PEJUANG PALESTIN DI SEMENANJUNG GAZA

Gambar hiasan

GAZA: Tentera Udara Israel menyerang beberapa markas milik kumpulan-kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza pada Rabu malam, lapor Sputnik.

Jurucakap Hamas berkata serangan udara itu akan meningkatkan keazaman rakyat Palestin meneruskan perjuangan menentang pendudukan Israel.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, beberapa siri pertempuran antara rakyat Palestin dan pihak berkuasa Israel tercetus termasuk di Haram al-Sharif (Temple Mount) di Baitulmaqdis. –AlHijrah Online

Leave a Reply