Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISTERI, ANAK PEMANDU ALZA STABIL, DIRAWAT DI HOSPITAL BALING

DALAM NEGARA

ISTERI, ANAK PEMANDU ALZA STABIL, DIRAWAT DI HOSPITAL BALING

Isteri kepada pemandu Perodua Alza serta anak perempuan mereka berusia enam tahun yang terlibat dalam tragedi nahas bas membawa pelajar UPSI pada Isnin dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Baling.

Sumber Gambar: BERNAMA

BALING: Isteri kepada pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza serta anak perempuan mereka berusia enam tahun yang terlibat dalam tragedi nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi, dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Baling, Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata Nurul Ain Zakaria, 36, serta Nur Aisyah Nafishah Mohd Lutfi, 6, mereka kini dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke bahagian ortopedik untuk rawatan susulan.

Bagaimanapun, katanya ketika dihubungi, suami Nurul Ain yang juga pemandu MPV berkenaan Mohd Lutfi Radzi, 37, bersama anak bongsu mereka, Muhammad Ahsan Nafis, 2, yang turut cedera dalam kemalangan itu, telah dibenarkan pulang petang tadi selepas menerima rawatan di hospital yang sama.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik banding, Gerik, 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah Perodua Alza.

Bas berkenaan yang membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim, Perak. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading