Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISTERI DAN SEORANG LELAKI DITUDUH BUNUH SUAMI

DALAM NEGARA

ISTERI DAN SEORANG LELAKI DITUDUH BUNUH SUAMI

Lachhami Devi, 23, juga warga India dan Varun Kumar, 30, didakwa bersama-sama membunuh Arshdeep Singh, 25,  (warga India)  di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Hill, Subang Jaya, pada 1.30 pagi, 31 Okt 2021.

Tangkap layar AlHijrah Online 4 Februari lalu.

SHAH ALAM: Seorang isteri bersama seorang lelaki warga India didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh suami wanita itu dua tahun lepas.

Lachhami Devi, 23, juga warga India dan Varun Kumar, 30, didakwa bersama-sama membunuh Arshdeep Singh, 25,  (warga India)  di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Hill, Subang Jaya, pada 1.30 pagi, 31 Okt 2021.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian manakala peguam Dr Pritam Singh Doal mewakili Varun sementara Lachhami tidak diwakili peguam. 

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April depan.

Media sebelum ini melaporkan perbuatan seorang lelaki yang dipercayai membunuh suami kekasihnya dan menanam mayat mangsa di lereng bukit belakang sebuah pusat jagaan orang tua, dua tahun lepas akhirnya terbongkar.

Pihak polis menerima laporan daripada orang awam, berkaitan pengakuan seorang lelaki warga India yang membunuh rakan senegaranya sebelum menanam mayat mangsa di lokasi tersebut. –AlHijrah Online

Artikel berkaitan – LELAKI KELAR SUAMI KEKASIH, TAKUT HUBUNGAN SULIT TERBONGKAR


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading