Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISTERI MAUT DIPUKUL SUAMI DENGAN TUKUL BESI

DALAM NEGARA

ISTERI MAUT DIPUKUL SUAMI DENGAN TUKUL BESI

DUNGUN: Seorang wanita maut dipercayai dibunuh suaminya dengan tukul besi dalam kejadian di Kampung Besol, Dungun pagi tadi.

Menurut laporan media, kejadian berlaku selepas mangsa baru pulang ke rumah dari menghantar anaknya ke sekolah.

Mangsa Rubiah Sabtu berusia 41 tahun itu dilapor mengalami kecederaan parah di dahi dan muka akibat dipukul suspek yang berusia 32 tahun.

Difahamkan suspek telah ke rumah keluarganya dan memberitahu mengenai tindakannya kemudian dipujuk untuk menyerah diri.

Suspek baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan mangsa kira-kira setahun dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 3 bulan.

Mangsa juga mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Ketua Polis Daerah Dungun Superitendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi Alhijrahnews mengesahkan suspek telah ditahan dan motif kejadian akibat perselisihan faham dan masih disiasat.

Suspek akan direman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading