Majlis Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2022 dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 di sini hari ini berkata pemberian dividen itu melibatkan anggaran peruntukan RM266.17 juta yang akan memanfaatkan kira-kira 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kanan) menunjukan dividen yang diumumkan pada Majlis Pengumuman Dividen Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2022 dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 di Kementerian Pengajian Tinggi hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi 2022 sebanyak 3.05 peratus.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2022 dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 di sini hari ini berkata pemberian dividen itu melibatkan anggaran peruntukan RM266.17 juta yang akan memanfaatkan kira-kira 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN.
“Dividen 3.05 peratus ini bukan sahaja lebih tinggi berbanding agihan dividen sebanyak 3 peratus pada 2021.”
“Malah, merupakan kadar dividen yang kompetitif kerana lebih tinggi berbanding kadar keuntungan simpanan di akaun semasa dan simpanan tetap di sesetengah bank yang menawarkan kadar faedah keuntungan antara hanya 2.05 peratus hingga 2.75 peratus,” katanya.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Mohamed Khaled berkata sejak diperkenalkan pada 2004, PTPTN telah mengagihkan jumlah dividen keseluruhan bernilai RM1.33 bilion.
Setakat 31 Dis tahun lepas, sebanyak 5.73 juta akaun Simpan SSPN telah dibuka, melibatkan nilai deposit sebanyak RM14.24 bilion, katanya.
Mohamed Khaled berkata tahun lepas, Simpan SSPN merekodkan nilai simpanan yang membanggakan sekalipun negara berdepan dengan persekitaran ekonomi yang tidak menentu.
“Deposit Simpan SSPN yang diterima pada tahun lepas berjumlah RM3.36 bilion iaitu 119.93 peratus lebih tinggi berbanding sasaran awal sebanyak RM2.8 bilion.”
“Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM350.55 juta berbanding 2021 yang mencatatkan nilai simpanan sebanyak RM3.01 bilion,” katanya.
Dari segi pembukaan akaun baharu, Mohamed Khaled berkata sebanyak 491,984 akaun telah dibuka pada tahun lepas berbanding sasaran sebanyak 400,000 akaun.
“Kesemua pencapaian ini membuktikan keyakinan dan sokongan para pendeposit Simpan SSPN kekal utuh dan berterusan,” katanya.
Beliau berkata sambutan menggalakkan masyarakat ke atas Simpan SSPN bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana simpanan itu disokong dengan pelbagai keistimewaan dan manfaat.
“Selain menjadi satu-satunya produk simpanan yang memberikan keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan hingga RM8,000 setahun, Simpan SSPN turut dilengkapi dengan perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan hingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, simpanan yang dijamin kerajaan dan pelaburan patuh syariah,” katanya.
Mohamed Khaled pada majlis itu turut melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 pada kadar satu peratus sebagai hadiah istimewa kepada para pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat penabungan dalam jangka masa panjang dan sebagai ganjaran tambahan selain dividen tahunan.
Beliau berkata Ganjaran Kesetiaan itu akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan minimum RM500 dalam tempoh promosi iaitu bermula 5 April hingga 31 Julai 2023 dan layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada 2004 hingga 31 Dis 2019.
“Dengan pemberian 3.05 peratus dividen dan satu peratus Ganjaran Kesetiaan, saya harap kedua-dua insentif ini akan terus memberi galakan dan meningkatkan keyakinan pendeposit Simpan SSPN,” katanya.
Sementara itu, PTPTN dalam kenyataan medianya memaklumkan agihan dividen akan dimasukkan terus ke akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing secara dalam talian melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN mulai esok.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests