Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISTERI MAUT, SUAMI MASUK ICU AKIBAT MAKAN IKAN BUNTAL

DALAM NEGARA

ISTERI MAUT, SUAMI MASUK ICU AKIBAT MAKAN IKAN BUNTAL

Seorang wanita maut sementara suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), selepas makan hidangan ikan buntal, pada Sabtu lalu.

Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut sementara suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), selepas makan hidangan ikan buntal, pada Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon berkata, mangsa mula mengalami gejala sesak nafas dan menggigil pada 3 petang Jumaat sebelum dibawa ke hospital oleh anaknya pada Sabtu lepas.

Katanya suami mangsa turut mengalami gejala sama kira-kira sejam selepas isterinya mendapat gejala itu.

Pasangan tersebut dibawa ke Jabatan Kecemasan HEBHK pada 5 petang namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 7 malam, sementara manakala suaminya dirawat di ICU.

Ling berkata pasangan suami isteri itu mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara pra tempahan melalui Facebook.

“Sebaik diterima pada Sabtu pagi, mangsa menggoreng untuk hidangan tengah hari dan difahamkan ia merupakan kali pertama pasangan itu menjamu masakan berasaskan ikan buntal.

“Siasatan lanjut mendapati ikan berkenaan diperoleh dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat,” katanya.

Menurut Ling, sebanyak 15 kilogram ikan buntal telah dijual di sekitar Chamek iaitu empat pelanggan, Paloh (4 pelanggan) dan Yong Peng (1 pelanggan) pada hari tersebut.

Selain dari pasangan terbabit, semua pelanggan lain masih belum memakan ikan buntal yang dibeli.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading