50 KHEMAH BAZAR AIDILFITRI ROSAK DITERBANGKAN RIBUT

Sumber Gambar: Facebook

KULIM: Lebih 50 khemah pelbagai saiz di tapak karnival jualan Aidilfitri di Padang Serai, di sini, rosak akibat ribut, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, barangan jualan peniaga-peniaga di bazar tersebut turut rosak selain beberapa kenderaan dihempap khemah yang terbalik.

Menurut penduduk yang dikenali sebagai Ilya, kejadian ribut itu berlaku dengan pantas selama 15 minit yang meranapkan struktur khemah serta merosakkan barang jualan.

Beberapa gambar dan video turut tular di media sosial menunjukkan beberapa khemah di tapak niaga tersebut rosak akibat ribut.–AlHijrah Online

Leave a Reply