Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada Majlis Makan Malam Apresiasi Global Halal Summit (GHaS) 2023 semalam. – FB Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
KUALA LUMPUR: Pensijilan halal Malaysia harus memenuhi permintaan yang dinamik dan piawaian kawal selia sehingga peringkat antarabangsa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkara itu antara strategi yang digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan evolusi pensijilan halal Malaysia sentiasa dinamik, relevan serta cekap dalam mendepani cabaran dan permintaan pada masa depan.
Beliau berkata JAKIM juga akan memastikan penyeragaman piawaian halal merentasi negara dan industri serta ketelusan dan kebolehkesanan menggunakan teknologi seperti rantaian blok untuk memantau keseluruhan rantaian bekalan dan mendidik pelanggan tentang status halal sesuatu barangan.
“Integrasi teknologi juga perlu dilakukan bagi menyelaras proses pensijilan untuk mengemukakan permohonan, memantau pemeriksaan dan berkomunikasi dengan badan pensijilan halal.
“Selain itu, kami juga melakukan penyelidikan dan inovasi untuk membantu menangani cabaran dan memanfaatkan peluang yang muncul dalam pensijilan halal serta memenuhi keperluan industri yang pelbagai, termasuk kosmetik, farmaseutikal dan peranti perubatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian Halal Global Summit (GHaS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam pada itu, Na’im berkata JAKIM telah melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia 2.0 dalam penambahbaikan proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menyaksikan pengeluaran bagi permohonan domestik diselesaikan dalam tempoh lebih cepat tanpa mengetepikan aspek integriti dan pematuhan syariah berdasarkan piawaian dan prosedur pensijilan ditetapkan.
“Inisiatif penambahbaikan ini telah berjaya mempercepat proses pengeluaran pensijilan halal Malaysia yang boleh diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima bagi permohonan domestik, berbanding seperti yang diamalkan sebelum ini iaitu 30 hari bekerja dari tarikh bayaran fi pensijilan.
“Permohonan pengilangan luar negara pula hanya mengambil masa kurang dari tiga bulan,” katanya.
Bertemakan Integriti, Kemampanan dan Ketahanan, GHaS 2023 yang dianjurkan seiring aspirasi kerajaan dalam meletakkan Malaysia sebagai peneraju halal global, bermula semalam dan akan berakhir pada 15 Sept ini. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked