KPDN MELAKA SITA 25,000 LITER MINYAK DIESEL BERSUBSIDI
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Melaka menyita kira-kira 25,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggar bernilai RM87,500 disyaki cuba diseleweng dalam serbuan di dua premis yang turut dijadikan stesen minyak mini di Paya Rumput, awal pagi tadi.
MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Melaka menyita kira-kira 25,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggar bernilai RM87,500 disyaki cuba diseleweng dalam serbuan di dua premis yang turut dijadikan stesen minyak mini di Paya Rumput, awal pagi tadi.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata serbuan kira-kira 3.15 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia Bukit Aman itu turut menahan empat lelaki berusia 20-an hingga 40-an.
“Kesemua ditahan adalah pekerja, pemandu lori serta penjaga premis yang dipercayai turut tinggal di premis berkenaan berdasarkan terdapat kemudahan seperti dapur memasak dan tandas.
“Hasil siasatan, kita percaya aktiviti itu aktif sejak dua bulan lepas dengan modus operandi menjadikan satu premis sebagai stor penyimpanan diesel manakala satu lagi sebagai stesen minyak mini bagi kenderaan industri mengisi diesel,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata terdapat satu lubang kecil dibuat pada dinding premis yang menghubungkan tiub penyalur bagi menyedut minyak diesel daripada tangki penyimpanan ke lori pelanggan di premis bersebelahan.
Beliau berkata modus operandi itu adalah baharu bagi mengaburi pihak berkuasa, namun sindiket masih menggunakan taktik lama iaitu mengumpul diesel bersubsidi dengan mengisi minyak daripada stesen minyak sekitar Melaka menggunakan kenderaan diubah suai.
“Disyaki pelanggan mereka tertumpu kepada syarikat industri di kawasan sekitar dengan harga diesel dijual dianggar RM3.80 hingga RM4 seliter, lebih murah daripada harga ditetapkan untuk industri.
“Kesemua bekalan dan barangan termasuk kenderaan digunakan bagi kegiatan itu dengan nilai anggaran keseluruhan RM320,000 dirampas, manakala suspek disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 dan Seksyen 20(1) akta sama,” katanya.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager