Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. –BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak mempolitikkan konflik Palestin-Israel dan mengizinkan isu itu dipergunakan untuk memecahbelahkan keharmonian masyarakat di Malaysia.
Anwar berkata rakyat pelbagai kaum di negara ini sepatutnya melihat konflik itu dari sejarahnya dan isu kemanusiaan membabitkan penduduk Palestin yang inginkan kemerdekaan daripada penjajahan Israel.
“Saya juga ambil kesempatan untuk menggesa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk melihat ini dari segi kaedah sejarah dan kemanusiaan serta jangan jadikan isu ini yang membedakan sikap kita tentang apa itu kemerdekaan.
“Saya gesa rakan-rakan kerana ada suara yang anggap kita keras dan bertentangan dengan sikap berkecuali tetapi ya Malaysia mendokong prinsip berkecuali tetapi tidak berkecuali dalam soal kezaliman, tidak berkecuali bila ribuan anak-anak dibunuh dan dibom, tidak berkecuali dalam soal keadilan dan kemanusiaan,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang ingin tahu perkembangan lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi, Turkiye dan Mesir berhubung dengan serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Anwar berkata isu Palestin sememangnya sangat dekat dengan umat Islam namun dalam masa yang sama ia melibatkan isu kemanusiaan yang perlu didedahkan kepada rakyat untuk menambah pengetahuan mereka.
“Jadi saya harap kita ambil kesempatan ini untuk mendedahkan maklumat kepada rakyat sebab itu saya menyokong gesaan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) supaya itu digalakkan pelajar untuk mengikuti perkembangan yang berlaku.
“Tentu kita ada garis panduan, jangan kita seolah-olah galakkan sikap kebencian sesama mereka tetapi pencerahan, kefahaman tentang apa yang berlaku, kezaliman, penindasan, apa itu perampasan,” kata beliau.
Mengenai tekanan dan ugutan, Anwar berkata Kementerian Luar menerima tiga ‘demarche’ (tatatindak) daripada kerajaan Amerika Syarikat pada 13, 18 dan 30 Okt lepas yang meminta negara tidak meneruskan pendirian terutama keengganan Malaysia untuk menganggap Hamas sebagai badan pengganas.
Anwar berkata bagaimanapun Malaysia kekal dengan pendirian bebas, menggunakan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan adalah satu tindakan haram di sisi undang-undang dan kaedah antarabangsa.
Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia menyokong cadangan Turkiye dan Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Negara Islam bagi membincang isu Palestin dengan lebih mendalam.
“ Saya telah meminta Menteri Luar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) untuk menghubungi Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan ada kewajaran untuk adakan sidang tergempar itu yang melibatkan juga negara-negara seperti Brazil, Rusia dan China yang menyatakan sikap yang agak tegas menentang keganasan Israel,” kata beliau.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.