Connect with us

ALHIJRAH NEWS

‘JANGAN REKA CERITA’

DALAM NEGARA

‘JANGAN REKA CERITA’

KUALA LUMPUR: Tuhfah Nazihah Md Tarmidi, 26, kakak angkat kepada Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek,7, mangsa kanak-kanak yang dilaporkan meninggal dunia semalam merayu masyarakat umum tidak mereka-reka cerita berhubung kematiaan adik angkatnya.

Menerusi laman Twitter rasminya, Tuhfah merayu supaya warga net tidak mengambil kesempatan di atas kisah yang menimpa Allahyarham untuk kepentingan diri.

“Tolonglah, yang tidak tahu cerita minta sangat-sangat jangan buat cerita.

“Awak tiada disamping jenazah adik Amir,” kata Tuhfah pagi tadi.

Beliau meminta tindakan tidak bertanggungjawab itu dihentikan atau bakal berdepan tindakan saman.

Semalam media melaporkan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu meninggal dunia dipercayai didera.

Suspek utama yang juga ibu kandung dan ayah tiri mangsa di tahan reman tujuh hari sehingga 5 Februari ini bagi membantu siasatan kes kematian berkenaan.

Mangsa sebelum ini dijaga dan dibesarkan oleh keluarga angkatnya hampir tujuh tahun sebelum dserahkan kepada ibu kandungnya pada Oktober lalu atas permintaan.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading