Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JANGAN TAMAK BELI ROTI GARDENIA

DALAM NEGARA

JANGAN TAMAK BELI ROTI GARDENIA

KAJANG: Bekalan roti Gardenia masih mencukupi meskipun ia kini dijual laris ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata pihaknya diberi jaminan bekalan roti mencukupi sepanjang tempoh kawalan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak pembekal roti terbabit memerlukan masa untuk menambah stok bekalan baharu.

“Kita difahamkan bekalan mencukupi dan orang awam tidak perlu gusar. Bekalan ada cuma pembekal perlu masa untuk penuhkan rak-rak jualan di kedai,” kata ketika ditemui pemberita selepas membuat lawatan ke Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan bagi Program Food Bank di sini hari ini.

Rosol berkata kementerian ketika ini belum bercadang untuk mengehadkan jumlah pembelian roti Gardenia oleh orang awam, bagaimanapun beliau menasihatkan pembeli supaya tidak tamak dan membazir dengan melakukan pembelian dalam jumlah yang banyak.

“Jangan membazir dan jangan penting diri. Dalam keadaan sekarang kita harap semua fikirkan untuk orang lain,” katanya.

Gardenia Bakeries Sdn Bhd sebelum ini menggesa orang ramai supaya bertenang dan membeli mengikut keperluan seharian.

Syarikat pengeluar roti itu juga memaklumkan tidak dapat menambah jumlah pengeluaran roti kerana sudah mencapai tahap pengeluaran maksimum. — AlHijrah Online/ Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading