Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Covid-19: PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA ESOK – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

Covid-19: PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA ESOK – ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan pelaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara dilakukan demi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam berdepan situasi wabak COVID-19.

Susulan titah Seri Paduka Baginda, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata berdasarkan taakulannya dan ilham daripada-Nya, solat hajat serentak seluruh negara itu sesuai diadakan pada Jumaat (esok) bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat zohor di rumah dan tempat masing-masing.

“Renungkanlah firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)

“Maka, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat zohor di rumah dan tempat masing-masing.

“Dan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading