YANG DI-PERTUAN AGONG & RAJA PERMAISURI AGONG NEGATIF COVID-19

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menjalani proses saringan dan disahkan negatif COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan di sini hari ini berkata, lanjutan proses saringan itu, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam.

Seri Paduka Baginda berdua menjalani saringan itu selepas tujuh kakitangan Istana Negara disahkan positif wabak COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan tujuh kakitangan Istana Negara itu. – AlHijrah Online

Leave a Reply