JEMAAH MENTERI POTONG GAJI DUA BULAN UNTUK TABUNG COVID-19
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet semalam memutuskan dua bulan gaji jemaah menteri, termasuk gaji Perdana Menteri, dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan di sini berkata, langkah itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.
“Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.
“Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul, termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48,” kata kenyataan itu. — AlHijrah Online