JEMAAH HAJI DIINGAT JAGA TERTIB, ADAB KETIKA ZIARAH RAUDAH
Pengurus Ibadat Ziarah dan Madinah Mohamad Zahir Hussin @ Yusof menegaskan kecenderungan sesetengah jemaah untuk memuat naik kandungan di media sosial terutama ketika berada di Raudah, dikhuatiri boleh mengganggu tumpuan mereka ketika beribadah.
MADINAH: Jemaah haji diingatkan agar sentiasa menjaga tertib dan adab sepanjang berada di kota suci Madinah khususnya ketika menziarahi Raudah, selain menghindari sebarang perbuatan yang boleh merugikan terutama melibatkan gangguan terhadap ibadah.
Pengurus Ibadat Ziarah dan Madinah Mohamad Zahir Hussin @ Yusof menegaskan kecenderungan sesetengah jemaah untuk memuat naik kandungan di media sosial terutama ketika berada di Raudah, dikhuatiri boleh mengganggu tumpuan mereka ketika beribadah.
“Antara cabaran yang timbul pada zaman sekarang, terutama dengan kemajuan teknologi dan penggunaan telefon pintar adalah sikap sebahagian jemaah yang terlalu leka dengan telefon mereka. Sebagai contoh, ada jemaah yang ketika diberi peluang untuk memasuki Raudah, lebih sibuk merakam video dan mengambil gambar, seolah-olah mereka lebih fokus menjadi ‘wartawan’ daripada menunaikan ibadah.
“Justeru, saya menasihatkan jemaah apabila berada di Masjid Nabawi, simpanlah telefon dan manfaatkan peluang emas itu terutama ketika diberi kesempatan untuk memasuki Raudah. Ambillah waktu sebaik-baiknya dengan sekurang-kurangnya untuk solat dua rakaat seperti solat tahiyatul masjid atau solat hajat serta berdoa dengan penuh keikhlasan,” katanya kepada pemberita.
Mohamad Zahir turut menasihati jemaah wanita supaya tidak bersedih atau kecewa sekiranya mereka tidak dapat memasuki Raudah semasa menziarahi Masjid Nabawi disebabkan faktor uzur atau kesihatan.
“Pada masa sama, saya ingin mengingatkan jemaah untuk memberi perhatian kepada maklumat yang disampaikan berhubung jadual ziarah ke Raudah bagi memastikan kelancaran pergerakan dan peluang beribadah dapat dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.
Sementara itu, wartawan Salam Baitullah Rozaihan Abdul Rahim tidak dapat menahan sebak apabila melangkah ke taman syurga Allah SWT dan berada bersebelahan dengan makam Rasulullah SAW.
“Apabila media diberikan peluang memasuki Raudah semalam, pengalaman lebih berbeza. Saya boleh rasakan Allah SWT mengizinkan saya berada lebih lama dalam Raudah,” katanya.
Perkara sama turut dirasai Muhammad Rastwin Stia, wartawan Radio Televisyen Malaysia yang tidak dapat melupakan saat berada di bumi Madinah setelah memeluk agama Islam 15 tahun lepas.
“Alhamdulillah ini adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan sebagai umat Islam kerana saya adalah seorang mualaf dan saya mendapati peluang ini memberikan satu jalan untuk saya lebih dekat dengan Allah SWT,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked