Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAN KUMPULAN FELDA 2025-2030: MEMPERKUKUH PERANAN SEBAGAI PEMANGKIN EKONOMI NEGARA

DALAM NEGARA

PELAN KUMPULAN FELDA 2025-2030: MEMPERKUKUH PERANAN SEBAGAI PEMANGKIN EKONOMI NEGARA

KUALA LUMPUR: Pelan Strategik Dan Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 telah diserahkan sebagaimana disarankan Perdana Menteri ketika Majlis Berbuka Puasa bersama warga FELDA pada 26 Mac lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat pejabat di Menara FELDA pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga FELDA dan Kumpulan FELDA. — Bernama

KUALA LUMPUR: Pelan Strategik Dan Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 telah diserahkan sebagaimana disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika Majlis Berbuka Puasa bersama warga FELDA pada 26 Mac lalu.

Pelan itu menggariskan strategi utama dan pelan tindakan Kumpulan FELDA, bertujuan memperkukuh kedudukan organisasi sebagai pemangkin ekonomi negara khususnya luar bandar.

“Pengurusan Kumpulan FELDA komited memastikan Pelan Strategik Dan Hala Tuju ini dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi membentuk ekosistem yang terampil untuk semua pemegang taruhnya. 

“Tanggungjawab ini memerlukan usaha berterusan dan sokongan padu daripada semua pihak bagi memastikan kesejahteraan dan kemajuan Kumpulan FELDA terus diperkukuh,” kata kenyataan Jabatan Komunikasi Strategik FELDA.

Pelan tersebut juga telah dirangka secara terperinci menerusi enam sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh. 

Ia memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif strategik dalam pelbagai bidang. 

Melalui penyerahan pelan itu, Pengurusan Kumpulan FELDA menzahirkan komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan setiap strategi yang digariskan demi menjayakan aspirasi masa depan FELDA yang lebih berdaya saing. —  AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading