Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH MENTERI SETUJU POTONG GAJI 20 PERATUS SEBULAN

DALAM NEGARA

JEMAAH MENTERI SETUJU POTONG GAJI 20 PERATUS SEBULAN

Anwar berkata pemotongan gaji itu akan dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

Foto arkib

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Anwar berkata pemotongan gaji itu akan dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

“Kalau ekonomi pulih (dalam tempoh) tiga tahun, kita kaji semula lah… potong gaji ini memang tidak wajar, tetapi saya berterima kasih ke atas kesediaan mereka (Jemaah Menteri) melakukan sedikit pengorbanan.

“Ada orang kata Anwar patutlah dia tak ambil gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, tak betul… gaji ini satu sahaja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan di sini hari ini.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading