Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini.
Perdana Menteri menegaskan bahawa berdasarkan maklumat diperolehnya, sememangnya ternyata wujud beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dalam perbelanjaan dana berkenaan yang dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat sebelum ini.
Malah beliau yang juga Menteri Kewangan mendedahkan terdapat beberapa syarikat berkepentingan atau terkait dengan keluarga yang turut terlibat.
“Jadi saya ingin jelaskan bukan maksud saya, sepertimana (saya kata) saya nak tumpu perhatian mengurus negara, memacu pertumbuhan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat. Tetapi sebaik dicabar, kita terpaksa melihat.
“Mereka boleh uar-uarkan bersih tidak bersih, (tetapi) tidak bersih sama sekali bila kita sebut tentang kelulusan yang dibuat tidak ikut peraturan, begitu juga kelulusan yang dibuat semasa PKP,” katanya dalam sidang media pertamanya sebagai Menteri Kewangan, hari ini.
Semalam, Muhyiddin pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Grand Finale PN sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai mahu Anwar menyiasat isu berkaitan dana itu dengan betul dan mendapatkan data sebenar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mempersoalkan kenyataan awal Muhyiddin sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu berkenaan dana berkenaan yang didakwanya telah mengelirukan ramai pihak, seolah-olah kerajaan membelanjakan wang begitu banyak demi rakyat.
“Kenyataan itu sengaja mengelirukan seolah-olah kerajaan bagi wang begitu banyak, (tetapi) sejumlah besar sebenarnya adalah wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), wang rakyat sendiri, ini saya dah ulas dua tahun lalu di Parlimen.
“Di bawah-bawah tengok, wah begitu besar kita belanja, sekarang baru dia (Muhyiddin) akui, sebenarnya bukan, kerana wang itu wang KWSP dan wang bank melalui keputusan moratorium, tetapi ada berpuluh bilion ringgit lain yang diperuntukkan (dari jumlah RM600 bilion) yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan,” katanya.
Berhubung kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mahu mengambil tindakan perundangan sekiranya Anwar gagal memberikan bukti berhubung dakwaan kononnya dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian, Anwar menasihatkannya supaya tidak bersikap gopoh.
“Jangan gopoh kerana saya sekarang Menteri Kewangan, fail ada pada saya,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked