KELULUSAN PROJEK TEBATAN BANJIR BERNILAI RM7 BILION MELALUI RUNDINGAN TERUS DITELITI SEMULA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Jumlah ini bukan kecil…atas alasan umpamanya membantu menyegerakan langkah tebatan banjir tetapi ada masalah apabila peraturan tidak dipatuhi dan ada upaya mencari kesempatan.
“Ini amat dikesalkan dan saya berterima kasih kerana pegawai kanan Kementerian (Kewangan) bersama dan tidak selari dengan maksud ini, tetapi pada ketika itu (hanya) mengikut arahan,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat sejurus memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan (MOF) di sini.
Sementara itu, Anwar berkata beliau telah mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai kanan MOF berhubung beberapa isu yang menjadi keutamaan menjelang persidangan Parlimen yang dijadualkan pada 19 dan 20 Dis.
“Ada usul mengenai peruntukan gaji dan beberapa peruntukan kelulusan kewangan yang mendesak. Jika tidak, gaji tidak boleh dibayar pada Januari.
“Belanjawan akan dibahaskan pada sesi Parlimen tahun depan selepas Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) merasmikan sidang Parlimen,” katanya.
Anwar berkata kerajaan perpaduan akan memberi tumpuan kepada menyediakan iklim yang segar dan positif untuk menggalakkan pelaburan, memulihkan keyakinan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Ditanya mengenai barisan penasihat ekonomi yang akan dilantik oleh beliau untuk menganggotai pasukan yang diketuai oleh Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, Anwar menegaskan perkara itu masih dalam perbincangan.
“Saya perlu berbincang dengan Mohd Hassan, dari segi parameter dan keutamaan serta sudah tentu akan berunding dengan pegawai kanan yang berkaitan di MOF dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager