Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH DUA BERADIK MAUT KEMALANGAN DI KAHANG SELAMAT DIKEBUMIKAN

DALAM NEGARA

JENAZAH DUA BERADIK MAUT KEMALANGAN DI KAHANG SELAMAT DIKEBUMIKAN

KLUANG: Jenazah dua beradik lelaki yang merupakan antara enam yang maut dalam kemalangan di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Layang-Layang, di sini, pagi ini.

Ana Sualman (tengah) bersama ahli keluarga terdekat kelihatan sedih ketika melihat melihat pengebumian dua anak lelakinya Muhammad Zharfan Noramin,16, dan Muhammad Syakir Noramin,11. — Bernama

KLUANG: Jenazah dua beradik lelaki yang merupakan antara enam yang maut dalam kemalangan di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Layang-Layang, di sini, pagi ini.

Jenazah Muhammad Zharfan Noramin, 16, dan adiknya Muhammad Syakir Noramin, 11, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Terdahulu, kedua-dua jenazah dibawa ke Masjid Kampung Paya di sini sebelum disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan kira-kira satu kilometer dari masjid untuk disemadikan.

Bapa dua beradik itu, Noramin Daud kelihatan masih sugul, menangis dan tidak bermaya tatkala jenazah anak sulung dan anak ketiganya selamat dikebumikan.

Turut meninggal dunia adik beradik Siti Nurzannah Kahdar, 26, dan Masrina Kahdar, 21, serta Muhammad Adil Abdul Kahdir, 22, dan Mohd Ashraf Rafiq Mohd Arifin, 11.

Semalam, dilaporkan enam maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta iaitu Perodua Myvi dan Honda Stream di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang.

Perodua Myvi yang membawa lapan orang itu dipercayai dalam perjalanan dari Kluang ke Kahang untuk berkelah di Pantai Air Papan, Mersing, sebelum kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan bertembung kereta Honda Stream di lokasi berkenaan pada pukul 4.40 petang.

Selain itu, pemandu dan penumpang kereta Honda Stream yang merupakan pasangan suami isteri Zulkeflly Zakariah, 53, dan Kamariah Yusof, 48, serta anak mereka Ariana Nur Batrisyah Zulkeflly, 13, mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading