Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 5 TAHUN LEMAS DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK 5 TAHUN LEMAS DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG

BALING: Aktiviti riadah sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemukan mati lemas di kolam Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Ulu Legong, di sini kelmarin.

Pengunjung yang berada di lokasi kejadian cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa.

BALING: Aktiviti riadah sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemukan mati lemas di kolam Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Ulu Legong, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata kanak-kanak perempuan terbabit dipercayai datang dari Padang Serai bersama ahli keluarganya dan tiba di pusat rekreasi itu jam 8 malam Sabtu.

Kanak-kanak itu dipercayai mandi di ruangan kolam kanak-kanak sebelum salah seorang daripada ahli keluarga menyedari mangsa tiada di dalam kolam itu dan hilang dari pandangan.

“Setelah mencari hampir 15 minit pengunjung di situ memaklumkan menemui seorang kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam mandi dewasa, jam 9.40 malam,” katanya ketika dihubungi Berita Al-Hijrah hari ini.

Menurut Shamsudin, pengunjung yang berada disitu cuba memberi bantuan pernafasan kepada kanak-kanak itu namun gagal.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Baling yang tiba tidak lama selepas itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengabaikan anak yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading