Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERBEZAAN KAUM, BUDAYA TIDAK WAJAR JADI GARIS PEMISAH RAKYAT

DALAM NEGARA

PERBEZAAN KAUM, BUDAYA TIDAK WAJAR JADI GARIS PEMISAH RAKYAT

BAGAN DATUK: Perbezaan kaum dan budaya tidak wajar menyebabkan garis pemisah antara rakyat di negara ini kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

BAGAN DATUK, 23 Jan — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) disambut sahabat lamanya Beh Song Wan, 60, (dua, kanan) ketika menziarahi keluarga besar Beh sempena sambutan Tahun Baharu Cina. — Bernama

BAGAN DATUK: Perbezaan kaum dan budaya tidak wajar menyebabkan garis pemisah antara rakyat di negara ini kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya beliau berkata perbezaan kaum dan budaya itu perlu menjadi elemen penting dalam penyatuan rakyat.

“Masyarakat perlu menerima hakikat bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum.

“Di bawah Kerajaan Perpaduan ini kita mahu menyantuni semua kaum, bangsa dan budaya, kerana dalam keadaan inilah kita dapat meraikan kepelbagaian dalam satu kesatuan bangsa Malaysia yang harus diwujudkan.

“Semangat perpaduan harus terjalin melalui persefahaman silang budaya,” katanya dalam ucapan pada majlis sambutan Gong Xi Fa Cai di Hutan Melintang di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata semua bangsa perlu memahami budaya, agama dan bahasa yang berbeza agar melahirkan masyarakat yang bersatu padu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading