Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH NUR FARAH KARTINI DIKEBUMI DI PEKAN, PAHANG

DALAM NEGARA

JENAZAH NUR FARAH KARTINI DIKEBUMI DI PEKAN, PAHANG

KUALA LUMPUR: Jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka dikebumikan di Pekan, Pahang selepas dituntut oleh ahli keluarganya di hospital di sini hari ini.

Mohd Fariza Amir Abdullah (kiri) – Bernama

KUALA LUMPUR: Jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka dikebumikan di Pekan, Pahang selepas dituntut oleh ahli keluarganya di hospital di sini hari ini.

Abang kepada mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, ketika dihubungi media berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.

Sementara itu, petugas media mula berkumpul sejak 8 pagi, di sekitar perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan perkembangan berkaitan kes berkenaan.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang, pada Isnin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading