KELUARGA NUR FARAH KARTINI MOHON HENTI KELUAR KENYATAAN GURIS HATI
SUNGAI BULOH: Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Ahli keluarga dipercayai waris kepada Nur Farah Kartini Abdullah iaitu Syeril Norsyuhada (kanan) dan Farizza Azmi Abdullah (kiri) ditemui pemberita semasa hadir untuk pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. – Bernama
SUNGAI BULOH: Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini, 25.
“Saya mohon semua pihak termasuk media memberi kami ruang untuk fokus pada proses bedah siasat dan proses pengurusan jenazah, apa yang saya boleh kongsi ialah proses bedah siasat akan selesai petang ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.
Sementara itu, abang mangsa Mohd Fariza Azmi Abdullah berkata keluarga tidak mengenali suspek lelaki yang didakwa sebagai teman lelaki adiknya itu.
Beliau berkata adiknya tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai hubungan peribadi kepada ahli keluarga.
Ditanya mengenai keperibadian adik bongsunya itu dia berkata Nur Farah Kartini seorang yang ceria dan rapat dengan keluarga.
Mohd Fariza Azmi berkata adik perempuan tunggalnya itu sememangnya rapat dengan ibu dan ahli keluarga yang lain dan kali terakhir bertemu adiknya pada Aidilfitri yang lepas ketika mereka semua pulang ke Miri, Sarawak.
“Kami memang jarang berjumpa dan selama ini dia tak pernah bercerita apa-apa masalah kepada saya,” katanya yang tinggal di Sri Kembangan, Selangor.
Semalam, media melaporkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang pada Rabu lepas ditemukan mati di ladang berkenaan pada 6 petang dan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek seorang anggota polis bertugas di sebuah balai polis di Perak kini direman tujuh hari bermula hari ini.
Sebelum ini, mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan pada 10 Julai lepas. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests