Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JKJAV PUTUSKAN PEMBERIAN ’BOOSTER’ JUMAAT INI – KJ

DALAM NEGARA

JKJAV PUTUSKAN PEMBERIAN ’BOOSTER’ JUMAAT INI – KJ

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Cadangan pelaksanaan pemberian dos penggalak vaksin atau “booster” akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pada Jumaat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tiada sebarang keputusan setakat ini berhubung pelaksanaan dos penggalak atau dos ketiga bagi penerima vaksin COVID-19 di Malaysia.

“Kumpulan kerja teknikal dijangka membentangkan pelaksanaan dos penggalak ini kepada JKJAV dalam mesyuarat Jumaat ini.

“Kita akan buat keputusan mengenainya selepas mesyuarat itu nanti,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Khairy memaklumkan pihaknya belum memutuskan sebarang keputusan mengenai pelaksanaan kaedah ‘mix and match’ vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca bagi melengkapkan dua dos pelalian.

“Perkara itu juga perlu dibentangkan untuk diputuskan pada mesyuarat JKJAV dan cadangan mengenainya juga akan dikemukakan oleh kumpulan kerja teknikal,” katanya.

Selain itu mesyuarat JKJAV pada Jumaat ini juga katanya akan memutuskan harga siling vaksin jenis Sinovac bagi pasaran swasta di Malaysia.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading