Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA NEGERI BERALIH FASA 3 PPN MULAI 4 OGOS, KEMUDAHAN INDIVIDU LENGKAP VAKSINASI AKAN DIUMUM – PM

DALAM NEGARA

TIGA NEGERI BERALIH FASA 3 PPN MULAI 4 OGOS, KEMUDAHAN INDIVIDU LENGKAP VAKSINASI AKAN DIUMUM – PM

May be an image of furniture and indoor

KUALA LUMPUR: Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula Rabu, 4 Ogos.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, prestasi ketiga-tiga buah negeri tersebut amat baik buat masa ini.

“Pada mesyuarat petang ini juga, Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan perkembangan pelaksanaan PPN.

“Alhamdulillah, sukacita ingin saya umumkan bahawa tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu, 4 Ogos 2021.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan. Suka untuk saya mengingatkan agar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha untuk menambahbaik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan,” jelasnya.

Muhyiddin berkata, semua pihak di seluruh negeri dapat bekerjasama supaya lebih banyak negeri dapat beralih ke fasa seterusnya.

Dalam perkembangan yang sama, Muhyiddin memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperhalusi kelonggaran buat individu yang telah lengkap dos vaksinasi.

Tambahnya, MKN turut membincangkan kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi.

“Perkara ini perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

“Insya’Allah kemudahan-kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu yang terdekat dan diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan juga membantu sektor ekonomi kita dengan mengambilkira keselamatan rakyat,” katanya.

Ujarnya, strategi kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk dewasa di Malaysia bagi memastikan pemulihan negara dapat dijalankan dengan lancar. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading