KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa ahli Parlimen pembangkang berarak ke bangunan Parlimen meskipun mengetahui Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 semalam telah ditangguhkan adalah perbuatan yang disengajakan walaupun mereka sedar ia tidak akan mengubah keputusan itu.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, tindakan mereka itu adalah untuk menarik perhatian ramai termasuk masyarakat antarabangsa.
“Himpunan ini secara jelas melanggari prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal. Gelagat ahli Parlimen ini dikhuatiri boleh mempengaruhi mana-mana kumpulan yang selepas ini mahu mengadakan himpunan dan melanggari SOP.
“Ia tidak wajar buat masa sekarang ketika kes COVID-19 masih tinggi. Matlamat tidak menghalalkan cara dengan melanggar SOP… seperti yang saya katakan dahulu, adakah ahli politik ini kalis COVID-19?” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Semalam, sekumpulan ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.
Sumber Gambar: AFP
Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Pahang, Dr Che Hamdan Che Mohd Razali, tindakan Ahli Parlimen terbabit adalah berniat untuk memberi tekanan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Masing-masing dalam bertindak sudah memikirkan baik buruk. Namun kita dapat lihat bagaimana kegelojohan pemain politik ini memberikan imej dan contoh yang buruk bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa.
“Bagi pemain politik, mereka melihat impak dari segi jumlah ahli Parlimen yang berkumpul pagi ini untuk melihat setakat mana sokongan terhadap blok pembangkang,” katanya.
Sumber Gambar: AFP
Penganalisis politik dan media sosial dari UiTM Shah Alam, Selangor Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy pula menegaskan tindakan pemimpin pembangkang berkumpul beramai-ramai sebagai protes susulan penangguhan sidang Parlimen adalah tindakan yang membahayakan ramai pihak.
“Daripada membahayakan banyak pihak dan menyebabkan pengikut mereka yang menyertai protes itu berdepan risiko, pembangkang seharusnya bertindak mengetepikan kepentingan politik serta berusaha untuk kesejahteraan negara dan rakyat terutama ketika ini yang menyaksikan kes COVID-19 terus meningkat,” katanya.
Pakar Epidemiologi UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman juga berpendapat sebarang perhimpunan tidak harus dilakukan ketika ini bagi mengelak tercetusnya kluster baharu COVID-19.
“Sekarang ini, mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada kebaikan negara perlu berganding bahu mencari strategi penyelesaian COVID-19 dan bukan sekadar hendak mencari kesalahan.
“Masing-masing kena fikir yang terbaik dan kerajaan pada masa sama juga perlu bersikap terbuka supaya perbincangan ke arah ini membuahkan hasil,” katanya.—AlHijrah Online / BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.