Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN MAYAT COVID-19 MASIH HIDUP PALSU – HKL

DALAM NEGARA

DAKWAAN MAYAT COVID-19 MASIH HIDUP PALSU – HKL

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular mendakwa terdapat mayat pesakit COVID-19 yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor namun didapati masih hidup semasa di lokasi pengebumian.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berkata, HKL menjelaskan bahawa tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej itu dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” dalam satu kenyataan, malam tadi.

Sebelum ini, tular mesej yang mendakwa seorang pesakit COVID-19 yang disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) didapati masih hidup semasa di lokasi pengebumian dan seterusnya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading