Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JPBD ISYTIHAR BENCANA KEBAKARAN DI SANDAKAN

DALAM NEGARA

JPBD ISYTIHAR BENCANA KEBAKARAN DI SANDAKAN

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan mengisytiharkan bencana kebakaran di daerah berkenaan hari ini susulan kebakaran melibatkan 28 rumah di Pulau Nunuyan Laut awal pagi tadi.

Sumber: BERNAMA

SANDAKAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan mengisytiharkan bencana kebakaran di daerah berkenaan hari ini susulan kebakaran melibatkan 28 rumah di Pulau Nunuyan Laut awal pagi tadi.

Pengerusi JPBD Sandakan Datuk Walter Kenson berkata pengisytiharan bencana itu dibuat pada 9 pagi.

“Berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di Masjid Al Fattah Kampung Nunuyan Laut pada 10 pagi.

“PPS diaktifkan selepas pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas bencana didapati tidak selamat untuk didiami,” katanya.

Beliau berkata proses pendaftaran mangsa kebakaran sedang dilakukan ketika ini. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

News Editor / Anchor

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading