Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PERDANA MENTERI ZIARAH TIGA ULAMA DUNIA, MOHON NASIHAT DAN DOA

UTAMA

PERDANA MENTERI ZIARAH TIGA ULAMA DUNIA, MOHON NASIHAT DAN DOA

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau menggunakan kesempatan itu untuk bertanya khabar, memohon nasihat dan doa, selain merakamkan penghargaan atas kesudian mereka berkongsi ilmu serta hikmah sepanjang berada di negara ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menziarahi tiga tokoh ulama terkemuka dunia Islam yang sedang berada di Malaysia.

Tiga tokoh berkenaan ialah ulama hadis dari Mesir, Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muhaddith Syeikh Dr Mustafa al-Nadwi Al-Hasani, Syeikh Qurra’ Dunia Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muqri’ Syeikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawy dan Penjaga Utama Wakaf Masjid serta Maqam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Al-Syeikh Maulana Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau menggunakan kesempatan itu untuk bertanya khabar, memohon nasihat dan doa, selain merakamkan penghargaan atas kesudian mereka berkongsi ilmu serta hikmah sepanjang berada di negara ini.

“Alhamdulillah wa syukrulillah. Di celah kesibukan jadual harian, saya berkesempatan singgah ke Nasyrul Quran untuk menziarahi tiga tokoh ulama besar dunia Islam yang sedang berada di Malaysia.

“Semoga kunjungan para ulama ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, keberkatan dan kecintaan kepada agama serta memperkukuh usaha kita membina masyarakat yang berakhlak, berilmu dan hidup dalam keharmonian, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata kehadiran ketiga-tiga ulama itu turut menyemarakkan syiar Islam di negara ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading