Connect with us

ALHIJRAH NEWS

NAHAS TIGA BERANAK, PEMANDU LORI IMEGRESEN DIGANTUNG TUGAS

DALAM NEGARA

NAHAS TIGA BERANAK, PEMANDU LORI IMEGRESEN DIGANTUNG TUGAS

Kejadian kira-kira 1 pagi semalam, tiga pejalan kaki daripada satu keluarga maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh lori Black Maria milik JIM yang dalam perjalanan ke arah Chow Kit bagi operasi pendatang tanpa izin.

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggantung tugas pemandu lori jabatan itu yang terlibat dalam kemalangan maut sehingga mengorbankan tiga beranak di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian berkenaan.

“Tindakan segera jabatan ialah menggantung tugas pemandu sehingga kes selesai dan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam kes ini.

“JIM juga sedang melakukan siasatan dalaman dari aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi semalam, tiga pejalan kaki daripada satu keluarga maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh lori Black Maria milik JIM.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanpa muatan yang dalam perjalanan ke arah Chow Kit bagi operasi pendatang tanpa izin memasuki persimpangan lampu isyarat ketika lampu merah dengan mengaktifkan lampu suar (beacon) serta siren.

Kenderaan itu kemudian bertembung dengan sebuah Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu hijau, menyebabkan lori hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pejalan kaki serta sebuah kereta Inokom Matrix.

— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading