Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JUALAN DINAR EMAS, BAR EMAS ALIF GB GOLD DAPAT SAMBUTAN HANGAT

DALAM NEGARA

JUALAN DINAR EMAS, BAR EMAS ALIF GB GOLD DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Penjualan produk edisi khas Dinar Emas Alif dan Bar Emas Alif 1 gram oleh Grand Bullion Gold Sendirian Berhad (GB GOLD) mendapat sambutan memberangsangkan melalui Jualan Fiesta Hari Jadi Tiktok Shop 6.6 di platform tersebut.

SHAH ALAM: Penjualan produk edisi khas Dinar Emas Alif dan Bar Emas Alif 1 gram oleh Grand Bullion Gold Sendirian Berhad (GB GOLD) mendapat sambutan memberangsangkan melalui Jualan Fiesta Hari Jadi Tiktok Shop 6.6 di platform tersebut.

Duta GB Gold, selebriti Alif Satar berkata selain unit yang terhad, Dinar Emas Alif dan Bar Emas Alif ini mempunyai ciri unik yang menarik minat pelanggan untuk membeli.

“Jika kita tengok dinar emas sebelum ini, pengumpul-pengumpul emas semua tahu yang dinar semua berbentuk coin (syiling).

“Jadi ini adalah kali pertama yang menjadikan ia satu item yang sangat unik, iaitu dinar berbentuk huruf alif dan di dalam bentuk itu ada tulisan ‘Hayya ‘Alal Falah’ yang bermaksud ‘Mari Menuju Kejayaan’,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Shahfizzam Moideen berkata sambutan pelanggan sungguh memberangsangkan sehingga rekod jualan telah melebihi angka setengah juta ringgit pada Khamis lalu.

Katanya, GB Gold hanya mengeluarkan 700 unit Bar Emas Alif seberat 1 gram dan 400 unit Dinar Emas Alif seberat 4.25 gram.

Menurutnya lagi para pelanggan yang telah membeli produk edisi khas itu di aplikasi Tiktok pada Khamis lalu layak mendapat rebat RM120 beserta beg kertas khas dan kotak simpanan emas khas yang ditandatangani oleh duta produk itu sendiri iaitu Alif Satar.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading