Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT RAKYAT PALESTIN DITEMUI SELEPAS TENTERA ISRAEL TINGGALKAN TIMUR DEIR AL-BALAH

DUNIA

MAYAT RAKYAT PALESTIN DITEMUI SELEPAS TENTERA ISRAEL TINGGALKAN TIMUR DEIR AL-BALAH

Pasukan kecemasan di Gaza mengeluarkan mayat rakyat Palestin pada Isnin selepas pencerobohan oleh tentera Israel di kawasan timur Deir al-Balah, Semenanjung Gaza berlanjutan selama lima hari.

Gambar fail (AFP)

GAZA CITY: Pasukan kecemasan di Gaza mengeluarkan mayat rakyat Palestin pada Isnin selepas pencerobohan oleh tentera Israel di kawasan timur Deir al-Balah, Semenanjung Gaza berlanjutan selama lima hari.

Agensi Anadolu (AA) melaporkan bahawa tentera Israel telah meninggalkan bandar terbabit, namun rakyat Palestin yang cuba kembali ke rumah mereka tetap menjadi sasaran hingga mengakibatkan ramai terkorban.

Pasukan kecemasan berjaya mengakses kawasan yang sebelum ini diduduki tentera Israel dan mengeluarkan mayat-mayat berkenaan.

Tentera turut meroboh banyak rumah dan meratakan beberapa kawasan kediaman serta pertanian.

Sejak serangan ganas Israel ke atas Gaza pada 7 Okt 2023, lebih 37,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala sebahagian besar wilayah itu musnah akibat sekatan yang menjejaskan bekalan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading