Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JUALAN RAHMAH AKAN DIPERBANYAK TERMASUK DI KAWASAN BERISIKO BANJIR – ARMIZAN 

DALAM NEGARA

JUALAN RAHMAH AKAN DIPERBANYAK TERMASUK DI KAWASAN BERISIKO BANJIR – ARMIZAN 

“Sebagai langkah tambahan, kita (KPDN) juga telah melantik Peruncit Daerah Terpilih dan Pemborong Daerah Terpilih di kawasan yang berisiko terkesan banjir bagi memastikan bekalan barangan mencukupi dan dapat diakses oleh rakyat.

Sumber Gambar: BERNAMA

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bagi memastikan masyarakat khususnya mereka yang terjejas dengan banjir mendapat barangan keperluan asas mencukupi pada harga berpatutan.

“Sebagai langkah tambahan, kita (KPDN) juga telah melantik Peruncit Daerah Terpilih dan Pemborong Daerah Terpilih di kawasan yang berisiko terkesan banjir bagi memastikan bekalan barangan mencukupi dan dapat diakses oleh rakyat.

“Selain itu, pegawai-pegawai KPDN juga berada di lapangan untuk memantau harga 480 jenis barangan setiap hari kerana kita tahu bahawa harga ini terkait dengan aspek penawaran dan permintaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO) di sini hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru memaklumkan musim tengkujuh di negara ini dijangka berterusan hingga Mac depan dan membawa antara lima hingga tujuh episod hujan lebat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading