Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JUMLAH TAHANAN PALESTIN DI PENJARA ISRAEL CECAH 3,484

DUNIA

JUMLAH TAHANAN PALESTIN DI PENJARA ISRAEL CECAH 3,484

Jumlah tahanan Palestin di penjara Israel mencecah 3,484 pada akhir Januari termasuk sekurang-kurangnya 40 kanak-kanak dan 11 wanita.

Gambar fail (AFP)

RAMALLAH: Jumlah tahanan Palestin di penjara Israel mencecah 3,484 pada akhir Januari termasuk sekurang-kurangnya 40 kanak-kanak dan 11 wanita, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS) pada Rabu.

PPS dalam satu kenyataan berkata jumlah tahanan menyaksikan peningkatan ketara dan jumlah ini tidak pernah direkodkan pada tahun intifada pertama pada 1987, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Pihak berkuasa Israel mengeluarkan lebih 3,400 perintah penahanan, termasuk perintah baharu dan yang diperbaharui sejak permulaan pencerobohan ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

November mencatat kadar tertinggi pengeluaran perintah tahanan iaitu 1,120 perintah dengan menyasarkan semua golongan, termasuk kanak-kanak, wanita, aktivis dan wartawan.

Jumlah tahanan sebelum 7 Okt adalah kira-kira 1,320, menurut persatuan itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading