Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAKITANGAN KEDUTAAN KOREA UTARA DIARAH TINGGALKAN MALAYSIA DALAM 48 JAM – WISMA PUTRA

DALAM NEGARA

KAKITANGAN KEDUTAAN KOREA UTARA DIARAH TINGGALKAN MALAYSIA DALAM 48 JAM – WISMA PUTRA

GAMBAR ARKIB (KREDIT: TRT WORLD DAN AGENSI)

KUALA LUMPUR: Kakitangan kedutaan Korea Utara di Malaysia serta tanggungan akan diarahkan untuk meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam bermula hari ini.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan arahan itu susulan keputusan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia akan menutup kedutaan Malaysia di Pyongyang yang operasinya telah ditangguhkan sejak 2017,” kata kenyataan Wisma Putra hari ini.

Malaysia turut kesal dengan keputusan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Keputusan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik itu kata Wisma Putra dilihat tidak mesra dan tidak konstruktif.

Korea Utara hari ini mengumumkan akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Kuala Lumpur mengekstradisi seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat.

Pyongyang menyifatkan tindakan Malaysia itu sebagai “jenayah yang tidak boleh dimaafkan”.

Pada 3 Mac lalu, rakyat Korea Utara, Mun Chol Myong, gagal dalam rayuannya di mahkamah Malaysia untuk mengelak diekstradisi ke Amerika Syarikat atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram.

Rakyat Korea Utara yang menetap di Malaysia selama lebih sedekad itu ditahan pada 2019 susulan permohonan ekstradisi dari Washington.

Wisma Putra berkata keputusan ekstradisi itu dibuat selepas melalui pelbagai proses undang-undang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading