TANZANIA LANTIK PRESIDEN WANITA PERTAMA

Sumber Gambar: AFP

DAR ES SALAAM: Samia Suluhu Hassan mengangkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Tanzania, hari ini, selepas kematian bekas presiden, John Magufuli, 61.

Lapor AFP, Samia, 61, yang beragama Islam itu mengangkat sumpah di pejabat presiden, di sini, yang akan berkhidmat selama sepenggal, sehingga tahun 2025.

“Saya, Samia Suluhu Hassan, berjanji untuk jujur dan taat serta melindungi perlembagaan Tanzania,” katanya semasa mengangkat sumpah.

Beliau dilantik bagi menggantikan Magufuli, yang meninggal dunia akibat masalah jantung selepas ‘menghilangkan diri’ daripada kemunculan awam selama tiga minggu.

Khabar angin mengatakan kematian pemimpin tersebut berpunca daripada COVID-19 dan beliau telah mendapatkan rawatan di luar negara.–AlHijrah Online

Leave a Reply