Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MAUT, TIGA CEDERA BESI KREN JATUH

DALAM NEGARA

TIGA MAUT, TIGA CEDERA BESI KREN JATUH

KUALA LUMPUR: Tiga maut manakala tiga cedera termasuk seorang cedera parah selepas struktur kren tumbang dalam projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Bayan, Persiaran Alam Damai, di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Anggota mendapati struktur besi ‘crane launcher’ pembinaan lebuh raya telah jatuh dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang menyebabkan pemandu kereta tersebut cedera parah.

“Tiga mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut, yang mana dua orang terjatuh dari landasan pembinaan lebuh raya tersebut setinggi 120 kaki dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurut Pauzi, seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia akibat tersepit dengan bebanan struktur kren yang berat.

Tambahnya, bebanan struktur kren yang berat menyukarkan operasi menyelamatkan mangsa yang tersepit.

“Bebanan itu juga berstruktur tinggi. Kestabilan amat penting serta penggunaan kren yang berkapasiti tinggi digunakan untuk operasi ini,” katanya.

Sebelum ini, pada 3 Mac berlaku runtuhan pada projek pembinaan lebuhraya yang sama dimana sebuah lori trailer membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE yang menyebabkan dua orang maut serta tiga cedera.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading