Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI LEMAS DI KOLAM RENANG

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI LEMAS DI KOLAM RENANG

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai lemas di kolam renang sebuah hotel di Mentakab, Temerloh semalam.

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai lemas di kolam renang sebuah hotel di Mentakab, Temerloh semalam. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.45 petang selepas mangsa yang merupakan anak tunggal, dibawa teman lelaki ibunya yang berusia 41 tahun untuk beriadah. 

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang semasa teman lelaki ibunya leka menggunakan telefon bimbit di tepi kolam renang tersebut. 

“Lelaki itu telah meminta bantuan pengawal keselamatan untuk mencari mangsa yang kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam renang yang berkedalaman dua meter,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Mohd Azhar berkata mangsa diberikan bantuan pernafasan kecemasan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Mentakab, sebelum disahkan meninggal dunia. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh untuk bedah siasat. 

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian mangsa, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading