Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK PEREMPUAN 9 TAHUN MAUT DIPERCAYAI DIDERA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK PEREMPUAN 9 TAHUN MAUT DIPERCAYAI DIDERA

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Melaka dipercayai akibat didera.

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Melaka dipercayai akibat didera.

Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu kira-kira 10.15 pagi tadi, selepas doktor yang merawat kanak-kanak tersebut memaklumkan mangsa meninggal dunia pada 9.45 pagi.

“Doktor berkenaan sebelum itu menerima seorang pesakit kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dihantar oleh bapa tiri mangsa ke hospital berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pesakit patah kaki dan terdapat kesan lebam di bahagian kepala serta badan disyaki akibat didera,” katanya dalam kenyataan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading